Friday 1 July 2011

Kaedah Kesihatan Akupuntur Elektro Tenaga Bio

Kaedah Kesihatan Akupuntur Elektro Tenaga Bio

     Terapi elektro tenaga bio meliputi terapi elektrik dan magnetik. kesannya adalah jelas sekali da ia dapat mengurangkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatab dan inokulasi. kini, terapi ini semakin popular dalm bidang kesihatan keluarga.
 
APAKAH ELEKTRO TENAGA BIO??

   Pengertian elektro tenaga bio yang tepat ialah untuk meningkatkan tenaga kemagnetan.

Bumi ialah sebuah magnet yang besar pada bahagian sisi dalaman dan persekitaran bumi terdapat garisan kuasa magnetik yang melintasinya. bahagian yang dilintasi garisan kuasa magnetik.Tempat kediaman kita sebenarnya dipenuhi kuasa kemagnetan sejak mula lagi. sebarang perubahan kemagnetan bumi turut mempengaruhi penghuninya.

Sejak satu abad yang lampau, kuasa kemagnetan bumi telah berkurang pada kadar 5%. pertambahan bangunan konkrit telah mengurangkan kuasa kemagnetan persekitaran. Para cendekiawan Jepun yang menggunakan alat pengukur kadar kemagnetan mendapati manusia moden mengalami pengurangan tenaga magnetik dalam badan mereka.

Kekurangan kadar kemagnetan boleh menyebabkan penyakit pada sistem saraf autonomik. Kini penyembuhan menggunakan kaedah magnetik semakin meningkat popular. Setakat ini, penyelidikan dalam bidang tersebut telah diusahakan selama lebih empat puluh tahun di Jepun dan lebih sejuta orang telah mendapat menfaatnya. Kaedah penyembuhan ini berkesan sekali, khususnya untuk merawat kekejangan pada bahu atau sakit belakang. Hari ini, produk seperti mansoko atau ikatan pinggang bermagnetik telah terbukti mujarab tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Alat akupuntur Elektro Tenaga Bio menggabungkan prinsip-prinsip terapeutik elektrik dan magnetik, dan kesannya adalah nyata sekali.

FUNGSI ALAT AKUPUNTUR ELEKTO TENAGA BIO???

  • Menambah baik peredaran darah dan ia dapt meningkatkan kadar oksigen eritrosit dan mengembangkan saluran darah dan meningkatkan metabolisme.
  • Untuk meningkatkan pengecutan otot-otot dan apabila arus elektrik hadir, otot-otot badan kita akan mengecut dan keadaan ini baik untuk pesakit hemiplegia, kelumpuhan dan rasa sakit.
  • Menghapuskan rasa sakit, khususnya neuralgia trigeminal, rasa sakit sendi-sendi dan otot-otot, sakit gigi dan dismininorea.
  • Untuk menyegarkan semula fungsi-fungsi saraf, dan ini baik untuk pesakit kelumpuhan, polio dan gangguan saraf muka.
  • Untuk meningkatkan fungsi kehadiran urin dan dengan rangsangan arus elektrik, dapat meningkatkan fungsi-fungsi ureter dan otot-otot pencerut.
  •  Untuk mengurangkan radang dan ia boleh meningkatkan bilangan leukosit dan menguatkan kebolehan badan untuk menghapuskan kuman dan meningkatkan daya imunan semula jadi badan.
  • Untuk menghapuskan kepanasan dan ia bolah mengurangkan suhu yang meningkat disebabkan kuman atau perubahan persekitaran.

No comments:

Post a Comment